Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak dan pengertian aqiqah dari segi syar'i ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.
Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah mu’akkadah. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah
sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan
daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar
menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan
untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas
r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan
dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud).
Pelaksanaan aqiqah menurut kesepakatan para ulama adalah
hari ketujuh dari kelahiran. Hal ini berdasarkan hadits dari
Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda : “Semua anak bayi
tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan
(kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi,
Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad). Namun demikian, apabila terlewat dan tidak bisa dilaksanakan
pada hari ketujuh, ia bisa dilaksanakan pada hari ke-14. Dan jika tidak juga,
maka pada hari ke-21 atau kapan saja ia mampu. Imam Malik berkata : Pada
dzohirnya bahwa keterikatannya pada hari ke 7 (tujuh) atas dasar anjuran, maka
sekiranya menyembelih pada hari ke 4 (empat) ke 8 (delapan), ke 10 (sepuluh)
atau setelahnya Aqiqah itu telah cukup. Karena prinsip ajaran Islam adalah
memudahkan bukan menyulitkan sebagaimana firman Allah SWT : "Allah
menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu".
(QS.Al Baqarah:185).
Daging kambing aqiqah diberikan kepada tetangga dan fakir miskin juga bisa diberikan kepada orang non-muslim dalam kondisi sudah dimasak dengan tanpa mematahkan tulang-tulangnya. Dalilnya adalah firman Allah, "Mereka memberi makan orang miskin, anak yatim, dan tawanan, dengan perasaan senang". (QS. Al-Insan : 8). Menurut Ibn Qudâmah, tawanan pada saat itu adalah orang-orang kafir. Namun demikian, keluarga juga boleh memakan, berdasarkan hadits Aisyah ra., "Sunnahnya dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan oleh keluarganya dan disedekahkan pada hari ketujuh". (HR al-Bayhaqi).